Saturday, 13 December 2014

PENGENALAN SYARIKAT

Assalamualaikum! hyeee :D  Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk saya menyambung post yang kedua hehe. inshaAllah hari ni, saya akan menceritakan secara ringkas kepada semua pembaca yang disayangi tentang syarikat yang saya sedang bernaung sebagai agent dropship iaitu ASHLEEN CRYSTAL SALT ENTERPRISE.

Oh yaa! Sebelum saya terlupa, proposal business online saya telah mendapat kelulusan daripada pensyarah IT iaitu Puan Nor. alhamdulillah :)

Comment daripada Puan NOR - " SELALU SAYA JUMPA LAMPU GARAM NI DEKAT PAMERAN CINA DAN HARGA NYA AGAK MAHAL "

TETAPI setelah melihat proposal ini, Puan Nor telah memberi kelulusan kerana terdapat kelainan yang saya akan tonjolkan dan menangkis perspektif masyarakat tentang lampu garam kristal. inshaAllah.  



gambar proposal :)
(click pada gambar untuk paparan yang lebih jelas )


baiklah, jomm kita teruskan dengan pengenalan syarikat!

ASHLEEN CRYSTAL SALT ENTERPRISE.

Ashleen Crystal Enterprise adalah perniagaan yang menjual produk-produk kesihatan berasaskan garam bukit. Antara produk yang ditawarkan oleh syarikat ini ialah garam kristal dan lampu garam kristal.

Syarikat ini ditubukan pada tahun 2014 dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) pada 22 Februari 2014. No pendaftaran ialah 002303369 .Manakala,  premis perniagaan syarikat ini terletak di no 26, jalan AU 1 C/2A, Taman Keramat Permai, 4200 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Pengarah kepada syarikat ini adalah seoarang anak muda yang berusia 23 tahun iaitu saudara Mohammad Ashraff Basri bin Zulkifli. 

Sebelum terbina nya syarikat Ashleen Crystal Enterprise ini, beliau telah mempelajari sedikit sebanyak ilmu berkaitan dengan garam bukit dari aspek khasiat, penggunaan dan sebagainya daripada pihak yang berpengalaman. 

Saya juga amat tertarik untuk menjadi agent dropship di bawah Ashleen Crystal Salt kerana produk yang ditawarkan adalah sangat "rare" dan unik, disamping ia juga memberikan pelbagai kebaikan kepada pembeli, inshaAllah. 




LOGO SYARIKAT ASHLEEN CRYSTAL SALT ENTERPRISE